E20

EXECUTIVE20 ZURICH TAKAFUL

Nikmati hidup sepenuhnya dengan faedah yang dijamin

Tidak ada yang dapat meramalkan masa akan datang. Tetapi daripada anda mengabaikan peluang masa depan orang yang anda sayangi, anda boleh mengambil langkah proaktif untuk memastikan keselamatan kewangan mereka. Mulakan persiapan anda dengan Executive20 ZURICH Takaful, rancangan Takaful Keluarga unik yang menawarkan perlindungan terjamin dan pembbayaran tunai tahunan. Dalam dunia yang tidak menentu, ini adalah kaedah terbaik untuk menunjukkan penghargaan kepada orang yang anda sayangi sambil memastikan ketenangan fikiran anda sendiri.

MENGAPA SAYA PERLU MEMILIH PELAN INI?

5 sebab mengapa anda perlu memilih EXECUTIVE20 ZURICH TAKAFUL

Bayaran Tunai Tahunan

Perolehi Bayaran Tunai Tahunan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP) bermula dari penghujung tahun ke-2 sijil sehingga sijil matang; dengan fleksibiliti untuk memilih bayaran berjumlah 2%, 4% atau 6% dari Jumlah Asas Dilindungi.

Manfaat Perlindungan Yang Dijamin

Keluarga dan orang tersayang akan dilindungi dari segi kewangan jika berlaku perkara di luar jangkaan. Dapatkan Manfaat Kematian Yang Dijamin sehingga umur 90 tahun dan Hilang Upaya Keseluruhan Dan Kekal (HUKK) Yang Dijamin sehingga umur 75 tahun daripada Akaun Risiko Pelaburan Peserta (ARPP).

Manfaat Tempoh Matang

Dapatkan Manfaat Kematangan yang bersamaan dengan jumlah nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP) apabila sijil matang.

Pilihan Perlindungan Yang Dipertingkatkan

Dengan tawaran beberapa pilihan manfaat tambahan, anda boleh mengoptimumkan perlindungan anda untuk perkara yang tidak dijangka seperti Penyakit Kritikal, Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal.

Pilih Untuk Terus Dilindungi

Anda boleh mengambil pelan-pelan perlindungan Zurich Takaful yang terpilih setelah tamat tempoh sijil, tanpa sebarang bukti kesihatan diperlukan!

Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat.

Diagram hanyalah untuk tujuan ilustrasi sahaja, berdasarkan kepada kriteria-kriteria di bawah:

Jumlah Asas Dilindungi: RM100,000
Pilihan Bayaran Tunai Tahunan: 2% Daripada Jumlah Asas Dilindungi
Umur Tarikh Lahir Sebelum: 35 Tahun
Jumlah Caruman Bulanan: RM374.67
Tempoh Perlindungan: 20 tahun

1Berdasarkan kepada andaian 5% pulangan setiap tahun. Nilai APP ini adalah berdasarkan prestasi dana yang sebenar dan ianya tidak dijamin.

Sesiapa yang berumur di antara 30 hari sehingga 65* tahun layak mendapatkan pelan Executive20. Umur adalah berdasarkan Tarikh Lahir Sebelum.

*Hanya tersedia untuk tempoh perlindungan asas selama 20 tahun

HUBUNGI KAMI

Zurich Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan sekali bersama dengan caruman yang dibayar. Jumlah Tabarru’ akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP / Participant Risk Investment Account) di mana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat akan dibayar daripada APRP hanya untuk kerugian yang dilindungi, dan bukanlah semasa Sijil matang atau penyerahan Sijil. Lebihan pada setiap akhir tahun kewangan (jika ada) akan dikongsi di antara Peserta dan Zurich Takaful mengikut nisbah 50:50 berdasarkan kontrak Hibah. Keuntungan daripada pelaburan yang diperolehi daripada Akaun Pelaburan Peserta (APP / Participant Investment Account) adalah berdasarkan kepadaaset yang disandarkan dan Zurich Takaful akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Tharawat (Yuran Pengurusan Dana) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko pelaburan di dalam APP ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai akan kekal di dalam APP untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam APP dengan pemegang saham.