Education

Takafulink Education

Dapatkan dana pendidikan anak anda yang berharga.

Semua ibu bapa hanya ingin memberikan yang terbaik dalam hidup untuk anak-anak kita. Walau bagaimanapun, pendidikan terbaik hari ini tidak menjadi murah. Risau dengan yuran universiti yang tinggi? Sijil Takafulink Education kami memberi anda ketenangan dengan membenarkan anda menyediakan dana pendidikan untuk anak-anak anda sambil memberikan perlindungan apabila kematian pramatang atau hilang upaya kekal sepenuhnya Orang yang Dilindungi.

  • Pelan ini memberikan anda Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal¹ yang dijamin. Sekiranya berlaku Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal, Jumlah Perlindungan dan Akaun Pelaburan Peserta² (APP) akan dibayar dan perlindungan akan tamat.
  • Takafulink adalah pelan komprehensif yang menyediakan elemen perlindungan dan simpanan.
  • Untuk membina pelan pendidikan yang sihat untuk anak anda dengan memilih mana-mana Dana Syariah Zurich Takaful yang telah diluluskan.
  • Pembayaran caruman yang berpatutan dilakukan secara bulanan, suku tahunan, setengah tahunan, atau tahunan.
  • Cara bayaran yang mudah: Tunai, Cek, Kad Kredit, Pembayaran Caruman Mudah, Auto Debit, Mesin ATM Zurich Takaful, Pembayaran di Kaunter (Cawangan Zurich Takaful atau di Ibu Pejabat), BSN Giro, Biro Angkasa, Perintah Arahan Tetap dari Bank, Sistem Potongan Gaji dan Perbankan Internet.
  • Caruman yang dibayar layak untuk Pelepasan Cukai peribadi sehingga RM 3,000 setahun (tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)).
  • Perkongsian Lebihan – Setiap Peserta layak berkongsi lebihan sekiranya ada, daripada Akaun Pelaburan Risiko Peserta³ (APRP) dengan Pengendali Takaful berdasarkan kepada nisbah perkongsian 50:50 berdasarkan kontrak Hibah (hadiah).
  • 100% keuntungan pelaburan selepas cukai, ditolak dengan Yuran Wakalah Tharawat (Yuran Pengurusan Dana) akan kekal di dalam APP untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam APP dengan pemegang saham.

Nota:

¹ Manfaat Kematian & Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal adalah dijamin, dengan syarat baki didalam PIA adalah mencukupi untuk membayar potongan Tabarru’. Tabarru’ bermaksud menderma dengan niat yang ikhlas sebahagian daripada jumlah caruman yang telah dipersetujui oleh Peserta untuk membantu peserta lain yang menyertai Pelan Takaful untuk membayar Manfaat Takaful.

² Akaun Pelaburan Peserta (PIA) adalah akaun pelaburan individu yang bertujuan untuk menjana keuntungan. Nilai PIA adalah berdasarkan kepada prestasi sebenar dan ianya tidak dijamin.

³ Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) adalah dana risiko dimana derma itu akan dikreditkan dan dilabur kedalam Dana Patuh Syariah oleh Pengendali Takaful.

Perlindungan

Anda boleh memilih jumlah perlindungan yang diperlukan, iaitu Jumlah Asas Yang Dilindungi. Jumlah ini boleh ditambah atau dikurangkan tertakluk kepada proses taja jamin semasa. Sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal sebelum umur 25 tahun, kedua-dua Jumlah Asas Yang Dilindungi dan baki di dalam APP akan dibayar. Nilai APP akan berubah-ubah mengikut prestasi Dana Takafulink Education dan ianya tidak dijamin.

Akaun pelaburan

Caruman anda selepas ditolak Yuran Wakalah akan diperuntukkan untuk APP, iaitu akaun pelaburan yang bertujuan untuk menjana keuntungan. Caruman anda akan dilaburkan ke Dana Syariah Zurich Takaful. Tabarru’ bulanan akan dicajkan daripada APP ke APRP. APRP adalah dana risiko terkumpul dimana para peserta akanmembuat caruman berdasarkan Tabarru’ (derma). Manfaat Kematian dan HUKK akan dibayar daripada dana ini. Akaun APP ini adalah tertakluk kepada Yuran Wakalah Tharawat (Yuran Pengurusan Dana) iaitu 1%-1.5% setahun bergantung kepada jenis dana. Pada usia matang iaitu pada umur 25 tahun, APP akan dibayar kepada Peserta.

Jumlah Fleksibiliti

Anda boleh memilih untuk berhenti membayar caruman anda dan tetap menikmati perlindungan bernilai Takafulink Education selama mana unit-unit mencukupi dalam APP anda bagi membayar caj-caj APRP. Takafulink Education boleh menjadi milik anda melalui caruman serendah RM50 sebulan atau RM600 setahun. Anda mempunyai fleksibiliti untuk membayar caruman dalam bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.

Pilihan Yang Ada

Pilihan 1

Kenaikan secara berkala ke atas Jumlah Asas Yang Dilindungi

Dengan Takafulink Education, bermula dari tahun sijil ke-2 sehingga sijil matang, Jumlah Asas Yang Dilindungi akan meningkat secara berkala pada kadar 1% setahun daripada Jumlah permulaan Perlindungan Asas.

Pilihan 2

Penurunan secara berkala ke atas Jumlah Asas Yang Dilindungi

Dengan Takafulink Education, bermula dari tahun sijil ke-2, Jumlah Asas Yang Dilindungi akan menurun secara berkala pada kadar 1% setahun daripada Jumlah permulaan Perlindungan Asas. Corak penurunan ini akan tamat sebaik sahaja Jumlah Asas Yang Dilindungi mencapai 50% daripada Jumlah permulaan Asas Yang Dilindungi. Seterusnya, Jumlah Perlindungan akan kekal pada tahap 50% sehingga sijil matang.

NOTA:

* Ciri-ciri tersebut adalah atas pilihan pemohon apabila pemohon bersetuju untuk menyertai pelan perlindungan ini

Manfaat Elaun Pencapaian SPM

Nikmati ganjaran tambahan bagi pencapaian cemerlang anak anda dalam Peperiksaan SPM (atau yang setaraf dengannya). Jadual Pembayaran adalah seperti berikut;

Keputusan SPMManfaat Dibayar (RM)
5ARM500
8ARM1000

Pengecualian Caruman*

Manfaat pengecualian caruman memastikan semua caruman akan datang untuk Pelan Takafulink Education anak anda dikecualikan sekiranya anda Meninggal Dunia, Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal atau didiagnosis mana-mana 36 Penyakit Kritikal.

NOTA:

* Manfaat ini adalah dijamin.

Dana Pendidikan

Bina dana pendidikan anak anda lebih cepat dengan Takafulink Education.

Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 15 tahun layak dilindungi. Namun begitu, Peserta/Pemohon mesti berusia 18 tahun ke atas.

Toggle Content

Zurich Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan sekali bersama dengan caruman yang dibayar. Jumlah Tabarru’ akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP / Participant Risk Investment Account) di mana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat akan dibayar daripada APRP hanya untuk kerugian yang dilindungi, dan bukanlah semasa Sijil matang atau penyerahan Sijil. Lebihan pada setiap akhir tahun kewangan (jika ada) akan dikongsi di antara Peserta dan Zurich Takaful mengikut nisbah 50:50 berdasarkan kontrak Hibah. Keuntungan daripada pelaburan yang diperolehi daripada Akaun Pelaburan Peserta (APP / Participant Investment Account) adalah berdasarkan kepadaaset yang disandarkan dan Zurich Takaful akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Tharawat (Yuran Pengurusan Dana) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko pelaburan di dalam APP ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai akan kekal di dalam APP untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam APP dengan pemegang saham.