Income Replacement

kerja part time

INCOME REPLACEMENT ZURICH TAKAFUL

Income Replacement dari ZURICH Takaful adalah satu dana yang disediakan untuk digunakan sekiranya terdapat sesuatu terjadi menyebabkan kemungkinan untuk kehilangan keupayaan untuk bekerja. Ianya merupakan pelan untuk mengekalkan pendapatan sekiranya anda mengalami  4 perkara termasuklah :

1) Sakit Kritikal

2) Hilang Upaya Kekal

3) Kematian

4) Diwadkan Di Hospital Dalam Tempoh Waktu Yang Lama

 

#1 Anda perlu apabila menghidap sakit kritikal dan hilang upaya kekal.

Contoh

Sekiranya anda berada dalam keadaan tidak sihat. Sebagai contoh anda menghidap kanser paru-paru pada bulan lepas. 

Adakah majikan anda masih akan benarkan anda bekerja seperti biasa dalam keadaan anda yang tidak cergas? Berkemungkinan besar majikan anda  akan keluarkan surat untuk anda bersedia melepaskan jawatan kerana ramai lagi calon yang masih sihat dan cergas untuk melakukan tugasan anda. 

Ketika ini, adakah anda masih ada pendapatan yang sama seperti masih bekerja? Sempat dan layakkah untuk dapatkan kerja baru dalam keadaan anda yang tidak mengizinkan? 

Masalah yang sama akan anda hadapi apabila hilang upaya kekal seperti stroke, lumpuh kedua belah kaki, atau lumpuh apa-apa pekerjaan. Akaun bank anda masih bersedia untuk ganti pendapatan bulanan anda?

#2 Apabila berlakunya  kematian

Kita semua mempunyai komitmen terhadap keluarga seperti anak, isteri, dan ibu bapa. Mereka sangat bergantung kepada pendapatan anda dalam menjalani kehidupan seharian. Katakan pendapatan anda RM3500.00 dan isteri anda RM3500.00 bersamaa RM7,000.00. 

Sekiranya anda meninggal dunia, pendapatan keluarga anda hilang separuh, hanya tinggal RM3,500.00. Sukar untuk mereka teruskan perbelanjaan harian dengan pengurangan pendapatan secara mendadak itu.

#3 Anda perlu apabila terpaksa diwadkan dalam tempoh yang lama

Saya masih ingat ketika saya bekerja di salah satu syarikat yang besar di Perak. Rakan saya hanya dibayar gaji tanpa bekerja selama 4 bulan. Sedangkan dia terlantar di hospital hampir 1 tahun.

Isterinya terpaksa bertungkus lumus bekerja mencari wang dan masa yang sana menjaga beliau dan anak-anak. Percayalah, hidup mereka sangat susah.

  • Mereka yang menjadi tunggang utama dalam mencari sumber rezeki untuk keluarga.
  • Suami yang bekerja
  • Isteri yang bekerja
  • Ibu tunggal
  • Anak sulung
  • DLL

Pertama sekali anda perlu kenal pasti keperluan kewangan diri anda. 
Contoh:
Nama: Musliati Bt Muaz
Umur: 27 tahun
Status: Ibu Tunggal
Pekerjaan: Purchasing (Swasta)
Perbelanjaan kasar: RM2,800/bulan

Sekiranya Puan Musliati ini hilang pendapatan akibat sakit kritikal, hilang upaya kekal, masuk wad, atau kematian, pendapatan beliau boleh dikekalkan dengan pelan income replacement seperti di bawah.

1. Dana kematian/hilang upaya kekal: RM480,000.00
Sekiranya berlaku kematian/hilang upaya kekal, Puan Musliati atau waris boleh laburkan RM480,000.00 itu ke dalam ASB atau Tabung Haji. 

Katakan kadar pulangan adalah anggaran 7% setiap tahun, Puan Musliati akan mendapat RM33,600. 

RM33,600 ini bersamaan 12 bulan perbelanjaan bulanan beliau (RM2800.00 X 12 = RM33,600)

2. Elaun hospital RM94/hari

Sekiranya beliau terpaksa masuk wad, beliau layak claim elaun hospital sebanyak RM94/hari. RM94/hari bersamaan perbelanjaan beliau sehari (RM2,800 / 12 = RM93.33). 

Jadi, pendapatan beliau tidak akan terganggu walaupun majikan tidak membayar gaji ketika masuk wad. 

3. Dana hidap penyakit kritikal : RM68,000.00

Sekiranya beliau disahkan menghidap penyakit kritikal. Beliau layak mendapat dana RM68,000.00. 

Jumlah ini bersamaan dengan 2 tahun perbelanjaan beliau 
(RM2,800.00 X 24 = RM67,200.00) 

4. Khairat kematian dan badal haji: RM2,000.00
Pihak waris Puan Musliati boleh tuntut bantuan khairat kematian sebanyak RM2,000 untuk pengurusan jenazah dan melalui Amanah Raya Berhad, akan dilaksanakan badal haji untuknya berjumlah RM5,000.00.

Kesemua manfaat dari pelan takaful ini hanya dengan mencarum sebanyak RM145.00/bulan sahaja. Sangat murah dan berbaloi.

BAGAIMANA SAYA BOLEH DAPATKAN PELAN INI?