Motor Takaful

Z-Driver Takaful

Melindungi anda dan orang tersayang di jalan raya.

Di Zurich Malaysia, kami memahami bahawa melindungi kereta anda juga adalah untuk melindungi keluarga dan anda yang berharga. Inilah sebabnya mengapa kami telah merancang Z-Driver Takaful – pelan motor asas dengan tambahan SUPER VALUE untuk melindungi yang anda sukai.

 

 

5 Sebab mengapa Z-Driver Takaful adalah pelan terbaik untuk anda dan keluarga anda!

Z-Driver

BAYAR CARUMAN YANG LEBIH RENDAH JIKA ANDA TERGOLONG DALAM SEGMEN YANG BERISIKO RENDAH 

Nikmati diskaun sehingga 10% untuk caruman motor anda jika anda seorang pemandu yang berhemah. Sebagai contoh, jika anda seorang pemandu yang berhati-hati, pemandu wanita dan/atau memandu kenderaan jenis SUV. 

Z-Driver

DISKAUN SEHINGGA 20% DENGAN EKSES SUKARELA 

Pilih had yang ditawarkan yang ingin dibayar sendiri sekiranya berlaku tuntutan untuk mendapatkan diskaun dari sumbangan motor anda.

Z-Driver

PERLINDUNGAN UNTUK KEROSAKAN AKIBAT BANJIR DENGAN HANYA SERENDAH RM10/SETAHUN

Dengan perlindungan ini, anda akan mendapat ganti rugi sehingga RM5,000 untuk menunda dan membersihkan kenderaan anda akibat banjir.

Z-Driver

PERLINDUNGAN KEMALANGAN DIRI SEHINGGA RM175K/KERETA, DENGAN HANYA SERENDAH RM15/SETAHUN

Bukan sahaja menlindungi anda, tetapi seluruh keluarga anda atau mana-mana penumpang lain di dalam kereta.

Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

Terms & Conditions Apply.

Di Zurich, kami sentiasa berusaha mempertingkatkan dan menyediakan produk-produk dengan nilai tambahan yang memberikan fleksibiliti, praktikal dan mengikut kemampuan.
Berkuat kuasa dari 12 Julai 2018, anda boleh menikmati manfaat dan ciri yang dipertingkatkan seperti berikut:

Discount off the tariff rate for Special Perils coverage.

Diskaun 60% dari kadar tarif untuk perlindungan Peril Khas

Nikmati penjimatan besar ke atas caruman anda dan dapatkan ketenangan fikiran apabila mengetahui bahawa kenderaan anda dilindungi daripada kerosakan akibat bencana alam seperti gempa bumi, tanah jerlus, tanah runtuh dan banjir.

 

Unlimited named driver

Perlindungan lanjutan tanpa caj kepada pemandu-pemandu penama untuk kegunaan peribadi

Tiada lagi had kepada bilangan pemandu yang dinamakan di bawah sijil motor anda. Anda kini boleh memperluaskan perlindungan kepada pemandu-pemandu yang dinamakan tanpa had dan tanpa sebarang caj tambahan.

 

Waiver of Betterment

Pengecualian Penambahbaikan – Perlindungan terhadap kenaikan kos alat ganti

Sekiranya berlaku kemalangan, anda mungkin menanggung sebahagian daripada kos bahagian yang rosak. Jangan risau lagi dengan manfaat Pengecualian Penambahbaikan kami; anda kini boleh menggantikan bahagian yang rosak dengan bahagian yang baru dan asli tanpa sebarang kos tambahan.

Enhanced Windscreen Cover

Perlindungan Cermin Depan yang Dipertingkatkan

Perlindungan cermin depan anda tidak akan ditamatkan selepas tuntutan gantian. Sebaliknya, jumlah perlindungan cermin anda akan dikurangkan dengan mengurangkan jumlah tuntutan cermin depan tersebut. Di samping itu, anda juga mempunyai pilihan untuk menghidupkan semula bahagian jumlah tuntutan cermin depan anda pada kadar caruman pro rata.

.

Toggle Content

Toggle Content