Takaful Haji

Takafulink Hajj

Pelaburan anda untuk kehidupan dan akhirat.

Jutaan umat Islam menjawab seruan Nabi Ibrahim (A.S) untuk menunaikan haji setiap tahun. Persiapan untuk menunaikan haji adalah suci; anda harus mempersiapkan diri dari segi mental, rohani dan yang penting dari segi kewangan. Dengan Takafulink Haji, perjalanan anda untuk menunaikan haji dijaga bersama dengan orang tersayang.

  • Pelan ini memberikan anda jaminan Manfaat Kematian & Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal¹ (HUKK). Sekiranya berlaku Kematian & HUKK, Jumlah Perlindungan dan Akaun Pelaburan Peserta² (APP) akan dibayar dan perlindungan akan tamat.
  • Pelan Takaful yang membantu Peserta untuk mengumpul dana bagi tujuan melaksanakan Haji atau niat mulia yang lain.
  • Perlindungan 24-jam di seluruh dunia.
  • Pembayaran caruman yang berpatutan dilakukan secara bulanan, suku tahun, setengah tahun, atau tahunan.
  • Cara bayaran yang mudah: Tunai, Cek, Kad Kredit, Pembayaran Caruman Mudah, Auto Debit, Mesin ATM Zurich Takaful, Pembayaran di Kaunter (Cawangan Zurich Takaful atau di Ibu Pejabat), BSN Giro, Biro Angkasa, Perintah Arahan Tetap dari Bank, Perbankan Internet dan fasiliti ePembayaran.
  • Caruman yang dibayar layak untuk Pelepasan Cukai peribadi sehingga RM6,000 setahun (tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)).
  • Perkongsian Lebihan – Anda layak berkongsi lebihan sekiranya ada, daripada Akaun Pelaburan Risiko Peserta³ (APRP) dengan Pengendali Takaful berdasarkan kepada nisbah perkongsian 50:50 berdasarkan kontrak Hibah (hadiah).
  • 100% keuntungan pelaburan selepas cukai, ditolak dengan Yuran Wakalah Tharawat (Yuran Pengurusan Dana) akan kekal di dalam APP untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam APP dengan pemegang saham.

Perlindungan

Anda boleh memilih jumlah perlindungan yang diperlukan, iaitu Jumlah Asas Yang Dilindungi. Jumlah ini boleh ditambah atau dikurangkan tertakluk kepada proses taja jamin semasa. Sekiranya berlaku Kematian sebelum umur 80 tahun, kedua-dua Jumlah Asas Yang Dilindungi dan baki di dalam APP akan dibayar. Sekiranya HUKK dialami sebelum umur 70 tahun, kedua-dua Jumlah Asas Yang Dilindungi dan baki di dalam APP akan dibayar. Nilai APP akan berubah-ubah mengikut prestasi dana Takafulink Hajj dan ianya tidak dijamin.

Akaun pelaburan

Caruman anda selepas ditolak Yuran Wakalah akan diperuntukkan untuk APP, iaitu akaun pelaburan yang bertujuan untuk menjana keuntungan. Caruman anda akan dilaburkan ke Dana Syariah ZurichTakaful. Tabarru’ bulanan akan dicajkan daripada APP ke APRP. APRP adalah dana risiko terkumpul dimana para peserta akanmembuat caruman berdasarkan Tabarru’ (derma). Manfaat Kematian dan HUKK akan dibayar daripada dana ini. Akaun APP ini adalah tertakluk kepada Yuran Wakalah Tharawat (Yuran Pengurusan Dana) iaitu 1%-1.5% setahun bergantung kepada jenis dana. Pada usia matang iaitu pada umur 80 tahun, APP akan dibayar kepada Peserta.

Jumlah Fleksibiliti

Anda boleh memilih untuk berhenti membayar caruman anda dan tetap menikmati perlindungan bernilai Takafulink Hajj selama mana unit-unit mencukupi dalam APP anda bagi membayar caj-caj APRP. Takafulink Hajj boleh menjadi milik anda melalui caruman serendah RM50 sebulan atau RM600 setahun. Anda mempunyai fleksibiliti untuk membayar caruman dalam bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.

Perlindungan Khusus* (Manfaat Tambahan Pakej)

Belanja Pengurusan Pengebumian (Khairat Kematian) RM2,000. Manfaat ini akan dibayar dalam tempoh 24 jam kepada penyampai tuntutan yang disokong oleh salinan Laporan Polis yang telah diperakui, Sijil Kematian dan dokumen yang berkaitan. Satu manfaat tambahan RM5,000 akan dibayar atas Kematian di mana benefisiari mempunyai pilihan menggunakan manfaat bagi tujuan:

1. Manfaat bayaran balik – Kenderaan yang digunakan untukmembawa Orang Yang Dilindungi pulang ke Malaysia.

2. Ziarah – Belanja yang dikenakan untuk pengebumian/penerbangan/perhotelan dan sebagainya kepada keluarga Orang Yang Dilindungi bagi menguruskan pengebumian di luar Malaysia.

3. Tujuan-tujuan lain.

NOTA:

* Manfaat ini adalah dijamin.

Perlindungan Ziarah* (Manfaat Tambahan Pilihan)

100% daripada Jumlah Yang Dilindungi bagi Manfaat Tambahan adalah dibayar terhadap Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal akibat kemalangan.

200% Jumlah Yang Dilindungi bagi Manfaat Tambahan akan dibayar jika Kematian Akibat Kemalangan atau HUKK berlaku di Arab Saudi. (Jumlah maksima RM200,000)

NOTA:

* Manfaat ini adalah dijamin.

Pilihan Yang Ada*

Pilihan 1

Tempoh Fleksibel

Takafulink Hajj menawarkan tempoh perlindungan yang fleksibel. Anda boleh memilih tempoh perlindungan sehingga tempoh sijil matang pada umur 80 tahun. Kami menawarkan tempoh perlindungan fleksibel dari tempoh 20 tahun sehingga umur matang iaitu 80 tahun.APP akan dibayar setelah sijil matang.

Pilihan 2

Kenaikan secara berkala ke atas Jumlah Asas Yang Dilindungi

Dengan Takafulink Hajj, bermula dari tahun sijil ke-2 sehingga sijil matang, Jumlah Asas Yang Dilindungi akan meningkat secaraberkala pada kadar 1% setahun daripada Jumlah permulaan Perlindungan Asas.

Pilihan 3

Penurunan secara berkala ke atas Jumlah Asas Yang Dilindungi

Dengan Takafulink Hajj, bermula dari tahun sijil ke-2, Jumlah Asas Yang Dilindungi akan menurun secara berkala pada kadar 1% setahun daripada Jumlah permulaan Perlindungan Asas. Corak penurunan ini akan tamat sebaik sahaja Jumlah Asas Yang Dilindungi mencapai 50% daripada Jumlah permulaan Asas Yang Dilindungi. Seterusnya, Jumlah Perlindungan akan kekal pada tahap 50% sehingga sijil matang.

NOTA:

* Ciri-ciri tersebut adalah atas pilihan pemohon apabila pemohon bersetuju untuk menyertai pelan perlindungan ini.

Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 69 tahun layak dilindungi. Namun begitu, Peserta/Pemohon mesti berusia 18 tahun ke atas.Toggle Content